salam sejahtera semoga bergembira melayari blog saya

Tuesday, 1 November 2011

10 Perkara Tentang Israel Yang Kita Tidak Tahu

Tuesday, 1 November 2011


[MESTI BACA] : 


Sebenarnya banyak perkara yang yahudi sembunyikan pada pengetahuan umum. Ini adalah 10 daripadanya.

Peratus Pegguna Rokok Di Dunia. Israel Berwarna Hijau

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya. Kadar pengguna rokok di sana semakin menurun dari masa ke semasa.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan. Namun ilmu itu hanya untuk orang luar kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan dalam tempoh jangka masa yang panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel dibuka pada tahun 1993 (lewat berbanding negara-negara lain). Mereka telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan kafein yang berbahaya.

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa mengantuk, lemah dan sukar untuk memahami pelajaran di sekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya.

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967. Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat. Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk mempertahankan diri dan antisipasi.

8) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun.

Sumber dari -  Nizarl Coretanku

Monday, 17 October 2011

WAHAI ANAK-ANAKKU,NASIHAT SIAPA YANG HENDAK DIDENGAR? IBU ATAU BOYFRIEND

Senario hari ini, ramai perempuan yang ada kekasih hati ataupun yang ada jejaka idaman lebih suka dengar nasihat kekasih hati mereka daripada mendengar nasihat ibu sendiri.
Sedar tidak sedar umur sudah meningkat. Kehidupan yang selama ini ditanggung oleh ibu bapa makin dilupai.
Hadir pula insan baru dalam hidup. Kekasih yang disayangi dan dicintai sepenuh hati.
Ketika itu mulalah lupa diri. Ibu bapa entah ke mana.
Sedangkan semasa kecil dahulu bagai menatang minyak yang penuh ibu bapa menjaga dan memelihara sehingga kita menginjak dewasa. Oleh itu, mana yang patut kita utamakan selepas Allah dan Rasul? Kekasih hati atau ibu bapa kita?
Atau Kekasih menjadi keutamaan

Situasi 1:
Mak: Minah, masakkan nasi goreng untuk mak. Mak lapar nak. Teringin benar makan masakan kamu.
Minah: Laa, Minah penat ni.
Mak: Hmm..Alahai anak aku.
****
Mamat: Sayang, abang laparlah. Tiba-tiba terasa nak rasa masakan sayang. Harini masaklah untuk abang, boleh?
Minah: Boleh B. Sekarang jugak ayang masak (dengan tersenyum).
Mamat: Sayang awak lebih (gaya miang).

Situasi 2:
Mak: Minah, janganlah keluar malam-malam. Tak elok. Anak dara keluar malam. Apa kata dek orang nanti. Nanti jadi apa-apa kat kamu, siapa yang susah, mak jugak.
Minah: Mak ni membebel je. Orang bukan pergi mana pun, nak jumpa mamat kejap je. Hish!
Mak: Alahai anak aku.
****
Mamat: Yang, abang hari ni duk jauh, ada kerja kat KL. Sayang kat kampung tu janganlah keluar malam-malam pulak. Waktu abang tak ada ni, jaga diri ye sayang.
Minah: Baiklah B, I ikut cakap you. Love you.


Situasi 3:
Mak: Minah, kenapa pakai baju ketat melekat ni? Malu mak tengok. Bahaya nak pakai macam ni, nanti orang lelaki gatal buat kacau.
Minah: Mak ni bising la. Orang taulah apa orang buat. Mak, orang dah masakla dengan perangai lelaki kat luar sana.
Mak: Alahai anak aku.
****
Mamat: Yang, you pakai jean and baju seksi ni cantik tau. Tergoda i tapi i harap you pakai macam ni depan i je boleh? Jangan pakai depan lelaki-lelaki lain, bahaya yang.
Minah: Ops, ye ke you tergoda? Hehehe. Ok B. I akan pakai depan you je. Mulai hari ni, I akan ubah penampilan I demi you.


Situasi 4:
Mak: Minah, Mak rasa kamu kahwin je la dengan si mamat tu cepat-cepat. Muak mak tengok keluar dengan jantan tanpa ikatan, melayan call dari jantan bukan mahram. Mak tak berkenan dengan gaya kamu nak.
Minah: Mak ni kan, suka sangat tak puas hati dengan gaya hidup orang. Tau la mak jeles!
Mak: Alahai anak aku.
****
Mamat: Yang, tak sabar pulak rasanya nak kahwin dengan sayang. Jom kita kahwin nak? (Ajak-ajak ayam)
Minah: Weeee..I pun tak sabar nak kahwin dengan you, esok jugak I sanggup kahwin dengan you.


Situasi 5:
Mak: Hari-hari mak tengok minah bersembang dan bermesej dengan Mamat. Cakap pulak romantik. Nak, kita bercakap dengan lelaki bukan mahram dalam telefon macam tu tak elok nak.
Minah: Mak ni kan, tolonglah faham. Jangan sibuk urusan orang boleh tak? Orang cintakan Mamat. Biarlah, tau la zaman mak dulu tak ada handphone!
Mak: Alahai anak mak.
****
Mamat: Betul la. Abang tak ada perempuan lain, sumpah abang tak tipu!
Minah: B tipu, I nampak you jalan dengan betina tu! Tipu!!!
Mamat: Dahla, kalau tak percaya sangat putus jelah hubungan! Tak payah call-call and mesej-mesej dah!
Minah: ??????

-The End-


Maka, di manakah keberkatan kita andai pesanan mak dan ayah tidak dituruti. Tetapi, pesanan kekasih hati terlalu diikutkan sangat, inilah pengakhirannya. Oleh itu, kita fikirkanlah sendiri. Adakah kita mendambakan kehidupan yang bahagia atau merana?
Ingatlah, redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa. Bukan pada kekasih hati.
Ingatlah anak-anakku yang dibangku sekolah maupun di menara gading, ungkapan kata-kata ibu dan bapa adalah nasihat yang ikhlas dan benar. Ianya datang dari sudut hati ibu bapa kita yang mengambil berat dan bertanggungjawab terhadap kita.

Manakala kata-kata umpama nasihat dari buah hati mengandungi ungkapan iblis yang meruntuhkan kaum hawa. Ianya membawa bala dan kekesalan masa depan kecuali mereka yang mengharapkan redha Allah, biasanya melatak adap dan susila agama dihadapan.

tambah feedjit

1. pergi ke feedjit.com
2. klik pada link
"Click here to sign up for
Feedjit Pro or Feedjit
Advanced now and take
advantage of this limited
time offer, or to get
the Free Live Traffic Feed"
3. Klik pada "completely free"
4. isi borang dan klik "get traffic feed"
5. Pilih warna dan klik go
6. klik "to open on new window and intall
to blogger"
7. masukkan tajuk dan klik "add widget"
8. perhatikan di design feedjit telah
dimasukkan
9. view blog untuk melihat hasilnya

tambah kalendar

1.pergi laman mycalendar.org
2. Pilih kalendar (sebelah kanan)
3. klik "get islamic calendar widget'
4. Salin kod yang dipaparkan
6. Pergi ke design di blogger
7. Klik pada add gadget
8. Pilih html/java
9. Letakkan title
10. tampal (paste) kod di bahagian content
11. save
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...